Rabu, 14 Jun 2017

Gaya Tersendiri Di Hari Raya

Hari raya tinggal seminggu lebih sahaja lagi. Kalau tukang jahit baju, ni masa yang sibuk nak menyiapkan tempahan. Bagi saya pembuat beg pula wajib buat beg baru, selain dari sediakan baju raya.

Memandangkan ini adalah beg raya, material yang saya gunakan special sikit. Untuk kain bercorak saya gunakan kain DC, yang saya simpan dan sayang sebenarnya nak guna. Maklumlah harganya mahal sikit dari kain biasa. Untuk kain warna hijau  saya gunakan kain linen. Frame/kisslock pula bersaiz 25cm. Menggunakan aksesori berwarna silver..Tada..siap.
Tambahkan satu zip dibahagian belakang beg, boleh lah letak HP atau barang kecil. Sejak kebelakangan ini saya suka jahit kisslock ni... Walaupun part nak jahit guna tangan tu macam seksa sikit, tapi saya suka hasilnya..
Disebabkan saiz kisslock beg ini besar, lebih sesuai menggunakan handle, bukan rantai. Ditambah dengan renda kecil.. nampak sweet gitu....

Berminat untuk membeli material dan aksesori buat beg boleh ke kedai kecil saya di FB https://www.facebook.com/heavycottononline/

Happy shopping dan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA....


Tiada ulasan:

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/