Selasa, 18 Julai 2017

FREE cara buat beg


Apa FREE? Jangan terperanjat. Memang saya bagi free saja caranya. Disebabkan saya dah suka sangat buat frame kiss lock ini, jadi saya lebih suka kalau bagi tutorial free untuk semua.

Jumaat, 30 Jun 2017

Buat Beg Sendiri

Saya nak share frame purse yang saya buat sebelum cuti hari raya lalu.
Saiz frame: 20.5cm
material: kain linen (plain)
               kain cotton (japan cotton printed)

Khamis, 29 Jun 2017

Free Pola Frame Purse

SELAMAT HARI RAYA untuk peminat handmade bag dan juga pengunjung blog ct N honey. Dua tiga hari sebelum raya rajin pula saya nak buat beg. Lagi pun pola frame ni baru sampai, jadi ini percubaan pertama membuatnya.

Sabtu, 17 Jun 2017

Pelanggan Setia Handmade ct N honey

Hari raya cuma tinggal seminggu sahaja lagi. Saya pula sibuk menyiapkan satu tempahan yang begitu lama juga dalam senarai tempahan.

Rabu, 14 Jun 2017

Gaya Tersendiri Di Hari Raya

Hari raya tinggal seminggu lebih sahaja lagi. Kalau tukang jahit baju, ni masa yang sibuk nak menyiapkan tempahan. Bagi saya pembuat beg pula wajib buat beg baru, selain dari sediakan baju raya.

Khamis, 1 Jun 2017

Jahit Piping Beg Kemas Dan Cantik

Hadiah hari lahir yang istimewa
 Memandangkan ramai yang minat dengan Handmade item ni, Kisslock Bag atau Frame Bag, jadi untuk hadiah the BIG giveaway bulan Mei saya buat lagi satu pattern yang sama.

Rabu, 17 Mei 2017

Hadiah Hari Guru Yang Awesome!

 Setiap tahun seperti biasa hadiah hari guru mesti di buat. Kalau tidak macam tak best pula anak-anak anak pergi sekolah tak bawa hadiah. Tahun ini  memang sibuk sangat sampaikan nak siapkan hadiah awal tak sempat.

Rabu, 3 Mei 2017

Kiss Lock Beg (Hadiah hari lahir)



 Seperti biasa hadiah untuk BIG Giveaway setiap bulan mesti di siapkan. Untuk bulan April saya buat kiss lock beg pula. Cepat boleh disiapkan.

Rabu, 19 April 2017

Fabric & Accessories Supplier

 
Untuk mereka yang 'Bag Making' mesti tercari-cari di mana untuk membeli kain dan aksesori beg kan. Tak ramai sebenarnya yang betul-betul menjual semua barang khas untuk membuat beg. Selalunya kalau kita ke kedai jahit, kebanyakkan barang yang dijual adalah untuk menjahit baju dan barang-barang craft.

Rabu, 5 April 2017

Pola Beg beli online

Hadiah BIG giveaway untuk bulan Mac dah siap. Bulan ni special sikit sebab saya beli pola beg ni khas untuk giveaway. Kiranya bertuah lah siapa yang dapat tu.